Thursday, October 14, 2010

aku yang salah. . .

Awak…Hari ini..Awak datang lagi jumpa saya…Sama seperti semalam..Dan hari-hari sebelum ni…Cuba dapatkan kembali…Cinta yang pada saya hanya dusta semata…


Awak…Tahukah awak…Awak tak pernah pun wujud dalam fikiran saya…Dan juga dalam hati saya…Awak bagi saya…Hanya tempat..Untuk saya hilangkan kesunyian..Dan juga rasa bosan…Tapi awak tak tahu…Bagi awak…Saya adalah segala-galanya dalam hidup awak..Dan sayalah matlamat hidup awak…Tanpa saya hidup awak tak bermakna..Sebab itu sampai sekarang awak masih merayu..Untuk dapatkan cinta saya…Terlalu degil awak…


Awak….Saya tinggalkan awak…Sebab saya tak nak tipu awak lagi…Saya juga taknak permainkan hati awak lagi..Awak sepatutnya dapat orang yang lebih baik..Jauh lebih baik dari saya…Dan saya juga mahukan ketenangan…Jauh dari bayangan awak..


Awak….Sedarilah antara kita…Tiada cinta….Lupakan saja saya…Tinggalkan saya dengan dunia saya…Semua cinta yang pernah saya lafazkan..Adalah palsu…Berkali saya bagitahu awak…Tapi awak tetap bertahan…Mahu memiliki hati saya kembali….


Awak…Hari itu…16 September….Ternyata awak tunaikan permintaan saya…awak tinggalkan saya..sama seperti yang saya mahukan sebelum ini…awak tak ganggu lagi hidup saya…awak x col…or msg saya lagi..danhidup saya terasa aman..tapi awak…entah kenapa…hati saya rasa lain…dalam diam saya menyesali….Apa yang telah saya lakukan…Dan saya mula rasa rindu….Rindu pada pujuk rayu awak..Rindu pada madah-madah awak..Dan yang paling perit..ternyata awaklah penyebab saya merindu…Rindu pada yang telah tiada…


Awak…Walau segunung sesalan saya hamburkan…Walau saya menangis air mata darah sekalipun…Ternyata awak telah tinggalkan saya…Saya tak akan dapat miliki awak lagi…Kerna perginya awak…Untuk selamanya…Perginya awak bersama cinta awak…Yang ternyata lambat untuk saya sedari..Betapa sucinya cinta itu…


Awak…Saya akui sekarang…Saya mula mencintai awak…Kenapa ini hanya dapat saya rasai…setelah awak pergi dari saya…Hanya setelah cinta itu menjauh…Dan menjauh untuk selamanya…Dan…Kalaulah….Kalaulah…Awak tak kejar saya hari itu…Kalaulah saya tak lari dari awak…Waktu awak panggil saya..Tentu awak masih ada lagi kan?


Awak…Kenapa awak kejar saya?Kenapa awak tak tengok kiri kanan dulu..Kenapa awak tak tengok ada kereta…Laju… sedang hampiri awak….Waktu awak kejar saya…Kenapa awak?Kenapa??Saya hanya sedar…Awak dilanggar…Bila saya dengar awak menjerit…Dan bunyi dentuman tersebut…Buatkan saya berpaling….Dan saya lihat…Merah…Darah..


Awak….Banyak sangat darah…Kat kepala awak…Kat hidung awak…Mulut awak…Awak..Saya macam orang gila…Waktu saya berlari ke arah awak…Dan saya pangku awak atas pangkuan saya…Awak senyum dalam kesakitan…Dalam nafas awak tersekat-sekat…Awak sempat bagitau saya…Hepi besday…Dan awak keluarkan hadiah dari genggaman awak..Kata awak…Untuk saya...Dan awak terkulai dalam pangkuan saya…Untuk selamanya..Baru saya mengerti..Kenapa awak kejar saya….


Awak…Maafkan saya sebab tak pernah hargai awak…Maafkan saya juga sebab pernah kecewakan awak…Dan maafkan saya…Atas segala-gala yang pernah saya lakukan pada awak..TapiApakan daya…Ucapan maaf ini hanya dapat saya simpan…Dalam hati saya..Bersama penyesalan yang tak sudah…Kalaulah masa bisa kembali…Hanya satu yang saya mahukan..Izinkan saya untuk melafazkan…Sekali lagi…Lafaz yang awak tunggu selama ini..Dari hati yang tulus dan ikhlas..Aku Mencintaimu…..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.