Wednesday, May 18, 2011

Mungkin Kau Yang Terindah . . .

Madah madah yg ku tulis bukanlah utk di puji..

tapi hanyalah luahan dari hati..

hanya utkmu kekasih hati..

bait-bait kata ku jadikan bukti dimana cinta ini bersemi...

utk menjadi penghuni hatimu mungkin tak akan terjadi...

kerana ku tahu aku tak layak disisimu..

setelah ku tulis..aku merasa cukup puas kerana ku rasakan seolah aku berada didepanmu...

ku kait kasih dalam rinduku..

dan ku kirim bersama angin agar dihembus ke pipimu...

mungkin kau tak tahu dari mana dtgnya rindu itu..

tapi cukuplah kalau kau tahu ada yg merindu..

bukan aku lemah utk meluahkan tapi aku takut diri ini disalaherti..

tapi aku masih ingin lebih menyintai..bukan kerana aku memilihmu tapi kerana cinta ini yg singgah dihatimu..

Apa yg istimewanya kamu aku tak tahu ..yg aku tahu mataku akan bersinar apabila terpandang wajahmu..

jantungku berdegup kencang apabila mendengar namamu..

aku tahu...aku pasti merana andaikata satu hari nanti ..kau bersama dgn yg lain dan aku sudah bersedia utk itu...

bagiku cinta tak semestinya bersatu..kalau bersama dgn yg lain membahagiakanmu aku rela asal aku tahu kau bahagia..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.