Wednesday, January 18, 2012

"Mutiara Kata"

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaanmembawa kepada impian

* Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

* Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.